About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Tuesday, July 28, 2009

Memancing adalah acara tarik tali???

Sukan memancing merupakan sukan bertaraf antarabangsa yang kian diminati ramai, tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, lelaki atau perempuan,, semuanya pasti tahu apakah itu sukan memancing....

Akan tetapi, tahukah anda bahawa memancing ini memerlukan kesefahaman dan kerjasama antara dua pihak yang berlainan spesis...... Ramai yang di antara kaki pancing yang beranggapan bahawa memancing ini merupakan permainan tarik tali antara spesis berdarah panas "manusia" dengan spesis berdarah sejuk "ikan".. Sebaik sahaja si ikan membaham umpan, maka mereka umpama berada di medan sukan tarik tali... si ikan melarikan umpan sekuat hati, manakala si kaki pancing membalas tarikan si ikan dengan karauan kelikinya dengan sekuat hati tanpa mengira ketegangan yang di tanggung oleh tali utama dan perambutnya... Seringakali apabila acara ini berlangsung, berlakunya kemalangan dan kecelakaan yang tidak diingini seperti tali utama/perambut putus, mata kail patah/lurus, ikan dapat melepaskan diri kerana mata kail tanggal serta batang pancing/rod patah kerana tidak dapat menahan bebanan yang tinggi..

Semua masalah tadi berlaku adalah kerana sifat kaki pancing itu sendiri.. walhal mereka telah menggunakan alatan yang mahal dan berteknologi tinggi.. tetapi masalah tadi masih juga berlaku.. Dalam fikiran mereka terselit teori yang mereka sendiri tidak pasti.. "Aaahh.!! Aku menggunakan tali tangsi 50 pound, keliki ABU GARCIA buatan Sweden dan rod FIGO. Jadi ikan tak boleh terlepaslah..." Pemikiran seperti inilah yang menyebabkan berlakunya masalah seperti tadi..

Seperti apa yang selalu dikatakan oleh geng Wonderpets, "Apa yang penting??" "Kerjasama!!".. Itulah yang diperlukan ketika memancing. Si ikan telah menurut kehendak kita dengan memakan umpan yang di campak, maka kita juga harus bertolak ansur dengan mereka.. Ibaratkan diri anda bermain layang-layang atau wau... (kalau tak pernah main wau anggap sahaja anda ni baru kawin)..Bila tali wau sangat tegang ketika angin bertiup kencang, kita akan lepaskan tali sedikit demi sedikit agar tali wau tidak putus, manakala, kita akan karau tali wau bila tali wau kendur ketika angin bertiup perlahan... Begitu juga dengan memancing, bila ikan menarik dengan kuat, lepaskan sedikit tali dengan Drag yang sedia ada pada keliki agar tali tidak terlalu tegang dan kemudianya putus (gunalah drag yang sedia ada pada keliki anda, kalau tak, buat penat je orang cipta drag pada keliki),, dan karaulah ikan bila ikan tidak memberikan tegangan yang tinggi pada tali.. ~korang pikir la,, dia sanggup bergadai nyawa telan umpan korang yang ada mata kail, takkan la korang tak sanggup bagi sikit tali korang untuk ikan 2 lari menyelamatkan diri yang tidak selamat 2...~

Dengan kerjasama yang baik antara 2 pihak ini akan membuahkan hasil yang lebih baik dan memberangsangkan... Bayangkan.. Aku kelaut dengan hanya menggunakan tali utama 35-45 pound sahaja dan boleh naikkan spesis otai seperti Ebek, Haruan Tasek dan sebagainya... Sifu aku pula hanya menggunakan tali 25-30 pound sahaja... Cuba anda praktikkan cara ini, gunakan tali yang sederhana dan gunakan segala skill dan pengalaman yang ada untuk manaikkan ikan yang dipancing... Anda akan merasa lebih nikmat dan berbaloi....


Layan ikan lagi best dari layan member kat sebelah tu..

Monday, July 20, 2009

sungai kampung aku di tuba lagi..!!!!

Dalam masa 2 bulan udang mengganas di sungai kawasan kampung aku,beratus ekor udang yang telah berjaya aku naikkan.. ada yang kecil, ada yang sederhana dan ada juga yang bersaiz mega.. seperti biasa, selepas pulang dari kerja pada pukul 6 petang, aku akan membawa alatan pancing ku untuk memancing di sungai berhapiran rumahku... setelah umpan di labuhkan ke dasar sungai,,,, aku pun menanti dengan penuh kesabaran agar umpan ku dikutis oleh udang galah atau lebih dikenali dengan nama si sepit biru... penantian ku yang penuh kesabaran ini telah memakan masa hampir setengah jam... aku menjadi curiga kerana umpan ku masih lagi tidak dijamah oleh si sepit biru dan masih lagi dalam keadaan yang elok.... terlintas dihati ku, adakah sungai ini di tuba lagi????? atau, ada orang telah datang menjala di lubuk aku???? aku berfikiran begitu kerana biasanya umpan yang dijatuhkan akan dimakan sebaik sahaja ia jatuh kedasar sungai.... tambahan pula lubuk yang aku pancing adalah lubuk yang boleh dikira otai yang mempunyai penghuni yang bersepit biru dengan jumlah dan saiz yang agak memberangsangkan...

Jam pada handphone aku telah menunjuk kan masa 7.10mlm... bermakna masa aku telah memancing tanpa menaikkan udang ialah 1jam 10 minit.. kesabaran aku telah sampai ke kemuncak...!! fikiran aku menjadi semakin bingung... adakah benar sangkaan aku??? adakah sungai ini telah dituba lagi buat kali ke-4??? jadi untuk mencari kebenaran dengan apa yang aku sangkakan.. aku mengambil keputusan untuk terjun dan memeriksa keadaan di dasar sungai.. tanpa membuang masa aku terjun dengan bergayanya ke dalam sungai dan terus menyelam ala-ala rambo dalam cerita rambo 2.. tanganku meraba-raba di dasar sungai untuk mencari kalau-kalau ada si sepit biru yang mati akibat daripada racun tuba yang di gunakan manusia celaka untuk mengaut hasil bumi dengan senang dan tidak bermaruah.... tiba-tiba tanganku terpegang sesuatu yang sangat aku kenali.. ianya bercengkerang, bermisai dan berada dalam keadaan kaku berbentuk C... ia adalah udang galah.. jadi, sekarang aku tahu bahawa sangkaan aku memang benar dan untuk memastikan ianya lebih tepat lagi, aku menyelam lagi dan telah menjumpai seekor lagi si sepit biru malang bersaiz mega... sangkaan ku memang tepat sekali... aku membuang kembali udang malang itu ke sungai kerana mereka yang tidak bermaruah dan celaka sahaja mengutip hasil bumi seperti ini...
setelah naik ke darat aku terus bersiap pulang ke rumah.... di dalam perjalanan balik ke rumah... aku bertekad... kalau aku jumpa sesiapa yang menuba sungai.. aku akan tetak beliau dengan parang yang aku bawa kemana sahaja aku memancing..!!!! memang celaka..!!! selama 2 bulan telah 4 kali sungai itu di tuba.... habis udang mati hingga ke anak cucu..!!!

ni la yang biasaku dapat... kira ok la saiz ni... tp...........

Monday, May 11, 2009

cara pemasangan perut ayam

perut ayam merupakan umpan pancing yang sudah diguna pakai sekian lama untuk sukan memancing air tawar... di mana-mana pun, perut ayam menjadi pilihan untuk dijadikan umpan untuk memburu ikan air tawar tidak kiralah di sungai, kolam, tasik dan sebagainya.... tapi tahukah anda cara untuk memasang parut ayam yang betul dan tidak mudah tanggal bila dimakan ikan??

banyak cara yang di digunakan untuk memasang perut ayam ini di mata pancing, sama ada di cangkuk terus pada mata kail dengan saiz yang kecil, atau cangkuk pada bahagian perut ayam dan dibiarkan berjuntai seolah-olah separti seekor cacing... ada juga yang mengcangkuk dan melilit perut ayam di mata pancing.. tapi semua itu sangat mudah tertanggal bila ditarik ikan kecil...

oleh itu cara ynag terbaik untuk memasang umpan perut ayam ialah dengan memasukkan mata pancing ke dalam perut ayam dan ikankan dengan tali perambut anda..
cara pemasangan =
-gunakan perambut yang agak panjang(1 hasta><)
-potong perut ayam dengan panjang 1jengkal><
-masukkan mata pancing ke dalam perut ayam hingga ke hujung perut,
tapi jangan melebihi panjang perut ayam.
-ikat hujung bahagian atas perut ayam dengan tali perambut anda..

cara ini terbukti lebih baik kerana tidak mudah tanggal bila dimakan ikan kecil dan juga ikan mudah mengena... cara ini juga boleh digunakan untuk ikan besar dan juga kecil..

Saturday, March 7, 2009

persediaan rapi penting sebelum memancing

memancing bukanlah satu perkara yang mudah... memancing memerlukan segala persiapan yang rapi dari segi peralatan, umpan, masa dan juga tempat untuk memancing... jika tertinggal salah satu daripadanya maka kita tak boleh memancing.. cuba pikir boleh tak jika anda memancing dengan tiadanya peralatan memancing?? tiada umpan?? atau tiada tempat untuk memancing?? hahaha... sudah tentu tak boleh kan?? kan?? kan?? kalau boleh cuba anda bagi bukti kepada saya... saya akan tabik bila terjumpa dengan anda... hahahahaaa

oleh itu anda perlu menyiapkan segala yang perlu sebelum memancing,,, pertama sekali kita perlu tetapkan yang tujuan turun memancing hari ini adalah untuk berburu ikan jenis apa... contohnya jika hendak turun berburu ikan jenis pemburu seperti haruan atau toman, pastikan anda menyediakan umpan dan peralatan untuk memancing haruan dan toman,, jika hendak memburu ikan jenis bersisik jenis lampam atau jelawat maka bawalah umpan yang sesuai dan begitu juga peralatannya..

kedua, pastikan keadaan cuaca sesuai untuk memancing,,, masa yang sesuai untuk memancing tidaklah panting sangat tapi asalkan jangan pada masa hujan lebat sudah... panas sejuk, panas terik, siang atau malam tidaklah menjadi masalah untuk memancing..

tempat untuk memancing juga perlu dititik beratkan.. ini kerana kawasan / persekitaran memainkan peranan penting dalam penyediaan umpan anda,,, di sesetengah tempat, selera ikan tidak sama dengan kawasan anda,, ikan lebih suka makan apa yang ada di sekitarnya,,, contohnya disesetengah tempat, ikan memakan buah atau tumbuhan yang ada di sekeliling nya.. seperti sawit, buah getah, cermai, buah ara dan sebagainya.. jadi anda boleh gunakan alam sekeliling untuk memancing selain dari umpan yang sedia ada seperti cacing, organ ayam dan sebagainya..

dan yang paling penting,,,, pastikan tiada yang tertinggal sebelum memulakan perjalanan.

Monday, February 9, 2009

cara pemasangan umpan hidup (udang)

umpan udang hidup merupakan pilihan utama kaki-kaki pancing untuk memancing ikan tidak kiralah memancing di kawasan air masin atau air tawar.. tapi tahukah anda cara untuk menggunakan umpan udang hidup itu agar ia tidak mudah mati atau tanggal dari mata kail ketika membuat balingan. mungkin perkara ini bukan lagi masalah bagi yang sudah lama dalam hobi memancing ini.. tetapi bagi yang masih baru dalam penggunaan udang hidup ini,, ini merupakan masalah besar kerana umpan tanggal dan tidak mendapat sebarang tangkapan berikutan masalah ini..

sebenarnya kita boleh cangkuk mata kail pada mana-mana badan udang itu asalkan ia tidak mengenai otak atau organ penting udang tersebut.. ada di antara mereka yang mencangkuk pada bahagian ekor udang tersebut,, ini adalah kerana ia lebih keras dari bahagian lain dan udang lebih selesa untuk bergerak di dalam air.. udang juga lebih tahan lama kerana ia masih lagi boleh bergerak dan tidak mengalami kecederaan yang teruk akibat dicangkuk mata kail.



tetapi cara ini ada kelemahannya.. ini kerana ikan lebih tertarik pada kilauan merah mata udang tersebut ketika memburu makanan. jadi sering kali kita dapati bahawa kepala udang tercabut di baham ikan ketika memancing.. oleh itu, cara yang lebih efektif untuk mengcangkuk mata kail ialah di bahagian kepala udang tersebut... tetapi kita perlu berhati-hati agar mata kail tidak mengenai bahagian otak atau bahagian penting udang itu yang boleh menyebabkan udang itu mati atau tidak aktif dan tidak menarik perhatian ikan..

cara mencangkuk mata kail di bahagian kepala ialah berbeza mengikut jenis udang.. bagi udang pasir/putih, kita boleh cangkuk di bahagian depan kepala atau tanduk lebarnya.. bagi udang gantung pula tiada tanduk lebar di kepala.. maka kita boleh cangkuk di bahagian depan kepala atau bahagian cengkerang kepala,,, seperti bahagian pipi udang tersebut... tetapi cara ini terdapat kelemahannya... kerana jika tidak berhati-hati, udang itu akan mati kerana otak ditembusi mata kail. seperkara lagi ialah bahagian kepala ini adalah bahagian yang paling lembut.. oleh itu ia mudah tanggal ketika kita membuat balingan atau tersentak... jadi untuk mengatasi masalah ini.. kita tidak perlu menggunakan timah atau batu ladung ketika menggunakan teknik ini..

Saturday, July 12, 2008

serba sedikit yang saya tahu tentang ketutu



Saya masih percaya mesti ramai di antara kita di sini masih tidak tahu apa itu ketutu kan?? sebenarnya, ketutu merupakan sejenis ikan pemburu air tawar seperti mana haruan, toman dan juga bujok.. cuma apa yang membezakan antara ikan pemburu yang sejenis dengannya ialah warna,corak badan & sifatnya..

Di Malaysia,ketutu ini dipanggil dengan nama yang berbeza mengikut kawasan atau tempat. ia juga dikenalai dengan nama ikan hantu,ikan hodoh,ikan ubi,belontok,soon hock,lam khor dan sebagainya.... ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai..

Perbezaan antara ketutu dengan ikan pemburu yang sejenisnya sangat ketara, terutamanya warna dan corak pada badannya.. ketutu ini bewarna coklat dan bercorak hitam dan putih di badannya.. warna pada badannya akan sentiasa berubah mengikut keadaan air dan kawasan sekelilingnya... biasanya perubahan ini hanya berlaku pada warna badannya seperti warna badannya menjadi terang bila berada di kawasan jernih. tetapi ia berlaku mengikut persekitaran dan mood ikan itu sendiri..

sifat ketutu pula amat berbeza dengan pemburu lain seperti haruan atau toman.. ini kerana ketutu lebih bersifat aktif pada waktu malam berbanding siang hari.. pada siang hari, i lebih suka mendiamkan diri di kawasan yang jauh dari gangguan pemangsa lain dan arus air yang deras.. ia ikan berada di bawah lumpur, pasir atau melekap pada batang kayu serta di kawasan celah semak atau kayu.. manakala ia akan keluar mencari makan pada malam hari di kawasan air cetek..

ikan ini tidak begitu agrasif ketika memburu, ia lebih kepada menunggu mangsanya datang hampir kepadanya.. ketutu akan mendiamkan dirinya dan akan menyambar mangsanya bila mangsanya sangat hampir dengannya.. ketutu menggunakan sepenuhnya kelebihan yang sedia ada pada dirinya untuk memburu. kelebihan menyamar adalah satu kelebihan yang amat besar bagi ketutu ketika memburu.. ini kerana ketutu kelihatan seperti timbunan lumpur/pasir dan batang kayu ketika di dalam persekitarannya.. ini memudahkan ketutu memperdayakan mangsanya yang leka untuk dijadikan mangsa yang mudah baginya untuk dijadikan makanannya.

makanan ketutu biasanya terdiri daripada anak-anak ikan kecil,udang, cacing,serangga serta ikan yang lebih kecil daripadanya.. ada juga di sesetengah kawasan yang ketutu ini memakan buah atau tumbuhan yang sedia ada pada sekelilingnya seperti buah sawit, buah cermai dan sebagainya... jadi, bagi pemancing yang memburu ketutu boleh menggunakan pelbagai umpan untuk menaikkan ketutu tetapi bergantunglah pada kawasan serta habitat ketutu itu sendiri..