About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Saturday, July 12, 2008

serba sedikit yang saya tahu tentang ketutu



Saya masih percaya mesti ramai di antara kita di sini masih tidak tahu apa itu ketutu kan?? sebenarnya, ketutu merupakan sejenis ikan pemburu air tawar seperti mana haruan, toman dan juga bujok.. cuma apa yang membezakan antara ikan pemburu yang sejenis dengannya ialah warna,corak badan & sifatnya..

Di Malaysia,ketutu ini dipanggil dengan nama yang berbeza mengikut kawasan atau tempat. ia juga dikenalai dengan nama ikan hantu,ikan hodoh,ikan ubi,belontok,soon hock,lam khor dan sebagainya.... ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai..

Perbezaan antara ketutu dengan ikan pemburu yang sejenisnya sangat ketara, terutamanya warna dan corak pada badannya.. ketutu ini bewarna coklat dan bercorak hitam dan putih di badannya.. warna pada badannya akan sentiasa berubah mengikut keadaan air dan kawasan sekelilingnya... biasanya perubahan ini hanya berlaku pada warna badannya seperti warna badannya menjadi terang bila berada di kawasan jernih. tetapi ia berlaku mengikut persekitaran dan mood ikan itu sendiri..

sifat ketutu pula amat berbeza dengan pemburu lain seperti haruan atau toman.. ini kerana ketutu lebih bersifat aktif pada waktu malam berbanding siang hari.. pada siang hari, i lebih suka mendiamkan diri di kawasan yang jauh dari gangguan pemangsa lain dan arus air yang deras.. ia ikan berada di bawah lumpur, pasir atau melekap pada batang kayu serta di kawasan celah semak atau kayu.. manakala ia akan keluar mencari makan pada malam hari di kawasan air cetek..

ikan ini tidak begitu agrasif ketika memburu, ia lebih kepada menunggu mangsanya datang hampir kepadanya.. ketutu akan mendiamkan dirinya dan akan menyambar mangsanya bila mangsanya sangat hampir dengannya.. ketutu menggunakan sepenuhnya kelebihan yang sedia ada pada dirinya untuk memburu. kelebihan menyamar adalah satu kelebihan yang amat besar bagi ketutu ketika memburu.. ini kerana ketutu kelihatan seperti timbunan lumpur/pasir dan batang kayu ketika di dalam persekitarannya.. ini memudahkan ketutu memperdayakan mangsanya yang leka untuk dijadikan mangsa yang mudah baginya untuk dijadikan makanannya.

makanan ketutu biasanya terdiri daripada anak-anak ikan kecil,udang, cacing,serangga serta ikan yang lebih kecil daripadanya.. ada juga di sesetengah kawasan yang ketutu ini memakan buah atau tumbuhan yang sedia ada pada sekelilingnya seperti buah sawit, buah cermai dan sebagainya... jadi, bagi pemancing yang memburu ketutu boleh menggunakan pelbagai umpan untuk menaikkan ketutu tetapi bergantunglah pada kawasan serta habitat ketutu itu sendiri..