About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Wednesday, December 16, 2009

harga tidak menjamin kualiti

Alatan memacing merupakan sesuatu yang paling utama untuk memancing, kalau tiada alat macam mana nak mancing.. betul tak?? Terdapat pelbagai jenis alatan memancing yang di keluarkan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat pada masa kini. dari sekecil mata pancing, tali tangsi, keliki dan hinggalah ke rod pancing. terdapat pelbagai jenama dan model yang di keluarkan mengikut trend zaman dan juga jenis penggunaan alatan pancing itu sendiri. Untuk menentukan kualiti barangn itu, ramai yang hanya bersandarkan harga barangan tersebut. lebih mahal harga maka lebih berkualitilah barang itu.

Yang sebenarnya, harga bukanlah penentu sepenuhnya kualiti sesuatu berang itu. memang tidak dinafikan barangan yang berjenama dan berkualiti itu memang tinggi nilai harganya. akan tetapi kita tidak boleh hanya menilai suatu barang tersebut dengan tinggi atau rendah nilai harganya sahaja. kadang-kadang bukan kualiti yang menentukan harga suatu barangan tersebut tetapi jenama yang menjadikan ianya mahal dan kelihatan lebih bagus dari jenama lain. bagi jenama yang namanya sudah dikenali dan meluas dipasaran. mereka boleh mengenakan harga yang lebih kerana namanya sudah terkenal dan sudah pasti pembeli tidak teragak-agak atau was-was untuk membeli barangan jenamanya. selaian itu barangan yang di import juga boleh menyebabkan harganya mahal kerana terpaksa menanggung kos yang lebih berbanding barangan tempatan seperti kos pengankutan dan cukai.

terdapat beberapa kes dimana kita membeli keliki atau rod berjenama dengan harga yang tinggi tetapi ia tidak memberikan khidmat yang memuaskan dan sudah pasti kita akan berasa hampa dan kecewa. jenama terkenal, harga pun mahal tetapi mengapa tidak memuaskan?? jawapanya biasanya terletak pada model yang di beli. walau setinggi mana terkenal jenama tersebut. tidak semua model yang dikeluarkan sempurna. contohnya keliki berjenama yang digunakan mudah berkarat. ini biasanya bagi keliki yang disalut stainlees steel, jika lapisan nipis salutan stainlees steel itu tanggal maka akan menyebabkan keliki itu berkarat bila terkena air terutama air masin.

contoh kerosan lain pula seperti bahagian-bahagian keliki yang mudah rosak seperti bahagian yang dibuat daripada basi seperti bebola keliki, roda tali dan spring yang digunakan. tidak semua model yang dikeluarkan menggunakan bahan asas yang sama pada bahagian kelikinya. jadi pilihlah dengan teliti bila membeli alatan pancing anda. dan ingatlah barangan yang mural bukan bererti tidak berkualiti dan barangan yang mahal bukan bererti betul-betul berkualiti.

Sunday, December 13, 2009

sikap gelojoh membawa padah

sukan memancing merupakan sukan bertaraf antarabangsa yang sudah melekat dalam di dalam diri dan darah aku.. sudah bertahun-tahun aku berkecimpung dalam bidang ini, banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui, dari meredah hutan; semak samun; bergelap malam; berpanas terik matahari dan juga meredah hujan ribut yang lebat. sudah banyak pengalaman ku timba, sudah benyak ilmu ku dapat dan sudah banyak pengajaran yang ku terima. memancing mengajar aku erti kesabaran, persahabatan dan erti kehidupan. walaubagaimanapun sungguh sukar untuk aku buang sikap gelogoh dan tidak sabar di dalam diri aku ini. di dalam sukan memancing ini, sikap gelogoh dan tidak sabarlah yang selalunya membawah padah kepada si pemacing itu.

kisah ini berlaku pada diriku pada 12/12/2009, bersamaan hari sabtu. aku membawa kumpulan student aku untuk memancing di kawasan berhampiran rumah aku. boleh dikatakan semuanya tidak biasa memancing. semua peralatan dan umpan terpaksa aku sediakan kerana mereka tidak mempunyai alat yang mencukupi untk memancing. kami hanya memancing di kolam member aku sahaja kerana tidak dapat ke sungai berikutan terdapatnya beberapa wanita dalam kumpulan yang aku bawa.
setelah umpan di labuhkan, terus terdapat sentakan kuat daripada penghuni dasar kolam tersebut. patin seberat 3kg didaratkan walaupun agak sukar untuk menaikkan ikan kerana kami terlupa membawa penyauk dan hanya menaikkan ikan dengan tangan sahaja. ikan sangat galak pada waktu itu, kesemua 6 pancing yang digunakan menerima asakan kuat daripada ikan dan suasana amat kecoh sekali kerana 6 pemancing sedang bergelut dengan 6 ekor ikan di kawasan yang amat sempit termasuklah aku sekali. 3 daripadanya sudah berada di tebing dan hanya menunggu aku untuk menaikkannya dengan tangan. dalam kekalutan itu, oleh kerana tiadanya penyauk untuk menaikkan ikan ditembah pula dengan sikap tidak sabar, aku membuat keputusan untuk menaikkan aikan dengan joran sahaja. ketika aku sentap rod aku untuk menaikkan ikan ke tebinag, ikan itu berpaling arah menjunam semula kedasar kolam dan mematahkan rod X-Puyu aku hingga patah 3.

rasa kesah dan hampa timbul di hati kerana sikap gelojoh diri sendiri. hampa kerana kerugian rm170 kerana rod dipatahkan. namun aku berpuas hati kerana dengan rod yang patah ikan tersebut berjaya dinaikkan dan berpuas hati dapat melayan ikan hingga betol-betol keletihan.

Tuesday, December 1, 2009

Persediaan Kecil Tapi Penting

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau perjalanan, persediaan yang rapi perlu di sediakan dahulu untuk mengelakkan berlakunya masalah dan membuatkan perjalanan dan kerja anda tidak berjalan dengan sempurna dan lancar. Begitu juga dengan memancing,,,, jika persediaan tidak dilakukan dengan sempurna, masalah mungkin berlaku dan anda tidak dapat memancing dengan baik.Biasanya kita jarang lupa akan persediaan utama dalam memancing, tapi kita sering lupa pada persediaan kecil dalam memancing.persediaan kecil ini merangkumi persediaan alatan mancing, ubat-ubatan, mancis, alatan keselamatan dan sebagainya.

Persediaan dalam peralatan pancing amat penting jika berlaku masalah seperti kehilangan perkakas memancing seperti batu ladung, chili, mata kail dan juga perkakas asas keliki atau rod. Perkara ini sering berlaku ketika mata kail sangkut dan putus menyebabkan kita kehilangan batu ladung, mata kail dan chili. Faktor perubahan arus air juga menyumbang masalah jika tidak menyediakan batu ladung yang secukupnya mengikut saiz.

Dalam penyediaan abat-ubatan pula, ramai yang lupa tentang perkara ini. Ramai yang ambil ringan dan langsung tidak peduli langsung akan hal ini. Sering berlaku masalah kesihatan ketika memancing, contohnya demam ringan, pening dan badan tidak selesa akibat perubahan cuaca, panas terik dan sejuk terkena embun malam.. Sering juga pemancing terkena gigitan serangga ketika memancing. Kerap berlaku kita perlu membatalkan niat memancing dan terpaksa balik awal akibat daripada masalah tadi. Oleh itu sediakanlah sedikit ubat-ubatan yang difikirkan perlu seperti Paracetamol, minyak angin, balm, ubat luka dan sebagainya. Lebih elok lagi jika bawa set First Aid yang lengkap. Kalau anda fikirkan terlalu leceh untuk membawanya, sekurang-kurangnya bawalah sebotol balm serba guna untuk pening kepala, di gigit serangga/sengatan ikan, luka dan ketidakselesaan badan.

Mancis juga penting jika berlaku masalah kehabisan bateri lampu jika memancing di malam hari. Selain daripada untuk membuat ungun api untuk membekalkan cahaya dan memasak hasil tangkapan, api penting untuk menghalau serangga dan binatang berbisa seperti ular. Bagi pemancing yang gemar memancing di sungai atau lombong pada waktu malam, saya menasihatkan anda supaya menggunakan api untuk membekalkan cahaya barbanding lampu kerana cahaya lampu akan menarik perhatian serangga dan ular berbisa untuk mendekatinya.
Ini akan memberikan masalah jika anda di gigit serangga atau di patuk ular berbisa. Ungun api atau lilin mungkin akan menyelamatkan nyawa anda daripada bahaya tadi kerana api sedikit-sebanyak akan menakutkan ular berbisa dari menghampiri anda.

Akhir sekali, alatan keselamatan juga perlu disediakan seperti pisau, parang, lampu, telefon bimbit dan sebagainya. Parang dan pisau penting dalam menghadapi segala masalah yang mungkin timbul seperti terserempak dengan binatang berbisa atau manusia durjana seperti mat gian, perompak atau si penuba sungai. Jika jumpa dengan si penuba sungai, tetak je Medulla Oblongatanya dengan parang anda itu.