About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Wednesday, April 28, 2010

trip 2(april) 2010 suksesss



Ketika tengah seronok melayan tarikan si haruan di hujung perambut kail, tangan ku terhenti mengarau keliki untuk menjawab panggilan dari seorang rakan ku, telefon genggam ku keluarkan dan trus menjawab panggilan tersebut.
member : assalamualaikum Dato' K
aku : mulaikumsalam Dato' Azhar Mansor
member : kat mane ni?
aku : mancing kat sungai dato...
member : apa barang mancing kat sungai... meh mancing kat laut china selatan..
aku : bila?
member : kejab lagi abg smpai kat umah amik K..
aku : OK....

Setelah perbualan yang tidak sampai seminit tadi tamat segera ku sambung kembali kerja ku tadi untuk mendaratkan haruan sungai Tochong.setelah ikan ku lepaskan semula ke sungai, aku terus bersiap pulang kerumah untuk membuat persiapan untuk memancing di laut pula..
sesampainya di rumah, ketika sedang mengumpulkan perkakas kelaut, terdengar suara ibu ku menyapa dengan hairan... "ai??? baru balik sungai nak sambung di laut pula??"........... "ha'ah...." jawabku ringkas.. "ngan sape" soal ibu ku lg. "ngan Ang Ha"jawabku..

Tanpa sebarang perancangan, perkakas pn ala kadar sahaja, persediaan fizikal pula tidak cukup, aku teruskan juga untuk berentap di laut china selatan. setelah hampir 1jam perjalanan di lautan luas aku mula rasa tidak sedap kerana persediaan fizikal aku tidak cukup untuk berhadapan kocakan ombak laut... perut kosong, tidur yang tidak mencukupi serta badan yang penat menyumbang ketidakselesaan berada di lait lepas. rasa mual dan sendawa yang kuat menambahkan lagi simtom mabuk laut... untuk mengelak keadaanku menjadi lebih teruk, aku memaksa diriku untuk muntahkan segala yang membuat badan tidak selesa...

Umpan anak tambam hidup kami dapatkan di unjam laut kemasin, hasil untuk makan juga banyak seperti kembung, selar, biji nangka dan sebagainya. tenggiri juga galak memutuskan apolo kami. ketika aku sedang menaikkan apolo aku, terasa ada sediatu yang agak besar dihujung mata kail apolo ku.. untuk menyelak ianya putus atau patah pada mata, aku hanya layan sahaja arah tuju dan kehendak ikan itu, terkejut besar aku dan rakan-rakan bila kelihatan tenggiri bersaiz mega yang mengkut mata poloku hingga ke tepi boat. mungkin terkejut melihat kami, kan tenggiri tadi terus menjunam semula ke dasar laut dan memutuskan perambut polo ku. di unjam tersebut, 3 ekor tenggiri bersaiz sederhana dalam lingkungan 3-6 kg dinaikkan. seekor haruan tasek 6 kg juga berjaya dinaikkan.

Pada sebelah malam pula kami hanya mencandat sotong. ketika itu keadaanku sudah tenat..... mabuk lautku menjadi-jadi.. hanya tidur dan memejamkan mata. aku akan muntah bila bagun dari tidur. namum aku tetap teruskan juga perjuangan ku untuk mengutip hasil laut kelantan. aku kembali gagah bila sotong berada di hujung mata candat.. begitulah aku memancing sambai ke pagi... baring dengan mata yang terpejam tetapi tangan ku aktik menghenjut pancing untuk mencandat. segala ejekan rakan ku buat tak hirau asal aku dapat sotong. walaupun mencandat sambil tido...

Pada keesokan harinya, kami berubah kelubuk lain untuk berentap dengan penghuni dasar laut kelantan. namun hampa kerana dasar laut amat sunyi sekali.... tiada ikan yang sudi menjamah umpan.... tetapi lain pula cerita di bahagian atas,,, ikan tenggiri bagai mengamuk minta diberikan makan.... aku hampir kesemua rakanku bermain dengan ikan atas dengan cara mengambu atau menggunakan pelampung,,, namum aku tidak dapat turut serta kerana masih tidak boleh berdiri atau duduk... jadi aku hanya menggunakan umpan sotong mati dan hanya memancing dasar... suasana di belakang boat riuh rendah kerana 3-5 kali tenggiri membaham umpan manum berjaya meloloskan diri... tiba-tiba suasana riuh kembali dengan naiknya tenggiri seberat 15kg... aku bangun antuk turut melihatnya namun apabila aku bangun,,, segala isi perut aku keluar sehingga hanya angin yang tinggal..

Oleh kerana di dasar tiada ikan yang sudi menjamah umpan... jadi aku mengambil keputusan untuk menggunakan teknik 'jigging' dengan hanya mengunakan umpan itu... setelah hampir 10minit aku menarik dan menjatuhkan kembali umpan... tiba-tiba tali pancingku ditarik rakus turun ke dasar laut... ketika itu aku bagai tidak merasa berada di laut... aku kembali gagah melayan ikan di hujung pancing... setelah lebih kurang 4-5 minit bermain tarik tali dengan ikan misteri maka tahulah aku bahawa ianya adalah barakuda yang di anggarkan 7kg oleh tekong boat kami... apabila ikan di naikkan dan di simpan di dalam bekas sejuk... aku kembali ke keadaan asal aku... oleh kerana aku sudah berpuas hati dengan hasil pancing kau... jadi aku hanya tidur sahaja..

Tiba-tiba....... aku terasa akan perubahan pada alam sekeliling,,, udaranya terasa sangat nyaman... segar.... dengan serta merta aku menjadi segar dan kembali gagah seperti tiada apa yang berlaku sebelum ini... rupa-rupanya, aku sudah dapat melihat batu tambang kuala kemasin.... aku bertanya mereka adakah ada menewaskan ikan tetika aku tidur?? mereka hanya menggeleng dan tekong memberitahu seekor tanggiri bersaiz kecil sebesar lengan dewasa dinaikkan tetika perjalanan pulang dengan kaedah "trolling"

Walaupun trip kali ini tidak tercapai misinya iaitu memburu ebek... namun boleh dikira suksess dengan membawa pulang 4 ekor tenggiri, seekor haruan tasik, seekor barakuda, dan hasil candat yang banyak.

Walaupun hanya memancing dalam keadaan tidur.. aku membawa pulang 6 kg sotong dan seekor barakuda seberat 7kg tau... hahahhaaa



########ni la bambar ikan 2... brother ni yang naikkan... korang leh tgk kat facebook "Jai MuhdZailani Bin Abdullah".................#######

Saturday, April 24, 2010

kerja2 menulis blog terbatas

fuh lame btol alu x bercerita ni.... da lme aku x blagak kat cni... disebabkan aku terlalu sibuk sehingga aku mengabaikan blog aku ini ... haduuhh... tambahan pulak kabel telekom plak kene curik jd secara otomatik tenet x menjadik.. so aku nk bkk facebook pn xleh ni kan lagi nak menulis blog...
sebenarnya bnyak cite aku nak blagak ni... tp xde mase... line tenet pn xde... klu nk di ikutkan hati mmng aku nak blagak ngan hasil pancing aku... siakap dah ku buru, sotong dah ku candat, barakuda dah ku tumpaskan, ebek dah ku daratkan, ikan air tawar 2 lg lah....
halahai ble la aku nak start blagak balik kat internet ni agaknya la...
tunggu aku jd bos kot???