About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Tuesday, January 12, 2010

Memburu haruan jalanan

Hujan turun mencurah-curah dengan lebat pada malam hari yang gelap tanpa sedikit pun cahaya dari bulan di langit. Hancurlah harapan ku untuk memburu siakap pada malam itu, dalam aku asyik mengelamun mengenangkan nasib malang tidak dapat berentap dengan si siakap merah Kemasin, terdengar suara ibuku berkata dengan nada yang agak tinggi mengatakan “hai…. Tak dapat la nak makan siakap segar esok pagi. Eemmmm perkakas masak dah sedia, segala senapang (joran) , peluru (umpan) dah sedia tapi si komando (aku la agaknya 2) tak jugak pergi berperang”. Aduh… dalam benak fikiranku tahu itu adalah sindiran buat ku yang gila pancing ni…. Berderau darah muda aku mendengarnya tetapi aku tidak mengambil hati kerana dia merupkan ibu aku yang satu dan aku sudah mempunyai perancangan lain memandangkan hujan lebat malam hari akan memberi sesuatu yang orang lain tidak tahu.

Biasanya jika hujan turun ketika cuaca panas berpanjangan, ini menandakan kita berpeluang melihat haruan membawa anak di sungai, sawah atau kawasan perairan air tawar lain. Dengan berharapkan cuaca panas terik pada esok hari, aku menyiapkan segala kelengkapan untuk memburu haruan pada petang esok.

Seperti yang diharapkan, cuaca pada petang esok harinya sangat baik, cuasa panas dari pagi hingga ke petang, aku tidak sabar untuk menunggu waktu pulang dari kerja untuk meneruskan segala perancangan ku.

Tepat pukul 6 petang selepas senyiapkan segala tugas di tempat kerja ku, aku bergegas ke lokasi yang dirancangkan. Lokasinya mungkin pelik bagi orang lain , ia hanyalah padang ragut kecil di tepi jalan tempat lalu lalang kenderaan untuk ke jalan besar. Biasanya orang kawasan itu menggunakannya untuk menambat lembu mereka pada petang hari. Ketika sedang aku menyiapkan peralatanku, sudah ada yang menegur dan bertanya. “ko buat ape? Mencing ye dik? Ade ikan ke kat sini? ” ada juga yang menyuruh aku balik kerana mereka katakan di sini tiada ikan kerana ia merupakan padang untuk tambat lembu namun pada hari itu air naik ke paras betis dan tidak dapat menambat lembu di sini. Aku dengan selamba menjawab segala soalan itu: “ntah la, klu dia nak makan, makanlah, klu tak nak makan sudah”.. tanpa membuang masa dengan karenah mereka yang tidak berilmu dalam bidang memancing ini, aku terus mencampakkan gewang strike pro aku ke celah semak tepi jalan tar kerana kawasan itu airnya sudah naik ke paras betis dan sedikit melimpah ke seberang jalan karana haruan suka berada di kawasan begini untuk berhijrah dan melintas ke kawasan arah air bergerak. Kebetulan pada masa itu seorang pakcik yang rumahnya di sebelah padang lalu melihat perbuatan ku ini dan terus ketawa dan berkata ‘woi kau mengail ape 2..?? pergi balik la,,, dah berpuluh tahun aku tinggal di sini x penah dapat ikan di sini’ tanpa menghiraukan pakcik tadi aku menarik umpan gewang ku dengan perlahan. Ketika itu aku terlihat kelibat hitam di kawasan berdekatan tempat jatuhnya gewang semasa balingan pertama tadi, mungkin ia timbul kerana tertarik dengan kocakan air akibat jatuhnya sesuatu di permukaan air. Balingan kedua ku campakkan gewang jauh sedikit dari kelibat ikan tadi untuk mengelak ia terkejut dan melarikan diri. Setelah jatuhnya gewang di permukaan air, kelihatan ikan itu berpaling dan meluru ke arah gewang dan terus menyambarnya sebaik sahaja aku menarik gewang untuk membuatkan ia menari dan kelihatan hidup. Melompat si ikan bila tali ku tegangkan ketika menyentap pancingku untuk memastikan mata kail betul-betul menikam dan menyangkut bahagian mulut haruan tersebut. Si haruan melarikan umpan dengan rakus sehingga drag pancing ku berkukuk menandakan tenaga ikan menarik dengan kuat. Walaupun kawasan semak dan reba yang dituju tapi dengan segala kemahiran yang ku timba selama hayat memancing, ikan selamat didaratkan dengan jayanya.

Barlari pakcik yang menghina kau tadi untuk melihat ikan yang ku pancing dan ada motosikal yang kemalangan kecil kerana asyik melihatku bermain dengan si haruan jalanan. Pancing ku simpan terus setelah ikan ku cucuk dengan ranting agar ku dapat membawanya di tangan. (sengaja aku tak masukkan dalam jaring dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk). Riuh aku di kerumi manusia seramai lebih kurang 8 orang yang lalu-lalang melihat ikan yang di pancing.

Ketika bersiap hendak pulang, mereka berkata kepadaku agar teruskan memancing. Lantas aku menjawab “cukuplah dengan hanya 2 balingan hari ni, lagipun kawasan ini bukannya ada ikan pun” aku terus berlalu dengan wajah bangga dan berlagak. Pada kesokan harinya aku ingin mencuba nasib lagi di kawasan itu tapi hampa kerana sudah ada yang memasang pukat di kawasan itu. Emmm…. semalam aku yang gila memacing di tepi jalan tapi hari ni ada lagi yang lebih gila memukat di tempat yang sama…….







Moralnya: jangan sangka padang ragut tiada haruan..!!!



Wednesday, January 6, 2010

perancangan trip sulung 2010

aduh.... da lme x klaut nih,,, gabra pun ade ni... cuaca x brapa baik lg ni... walaupun aku x mabuk laut tp aku risau takut2 aku bekerja menambak laut dengan segala sisa perut akibat laut x berapa stabil lagi ni..

kami merancang untuk berentap dengan penghuni dasar karang payung pada 6-7 feb 2010 ni.. trip kali ni aku join geng2 tentera udara kelantan.. mintak2 la berjaya trip kali ni..

doa2kan aku berjaya ya.........

sesiapa yang bercadang untuk berentap di laut kelantan sila lah hubungi aku di talian :
014-2111318(K).. atau hubungi terus sifu aku 013-9200670 (Dato' azhar mansur)



musim sudah bermula tp cuaca tidak menentu namun masih selamat untuk kelaut.

~mudok mengganas di karang payung sekarang


mudok / demudok