About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Tuesday, February 16, 2010

trip sulung 2010 gagal

06/02/2010 bersamaan hari sabtu.. tiba hari yang dinantikan setelah 2 bulan perancangan dan persiapan dilakukan untuk berentap dengan isi dasar laut kelantan. setelah semua berkumpul, aku dikejutkan dengan penambahan pada umpan kami. 50 ekor udang hidup saiz mega (sejengkal panjang/sebesar ibu jari kaki dewasa) telah dibeli. ini bermakna aturcara trip juga kan berubah. selama 2 bulan perancangan di ubah dengan penambahan umpan udang hidup.
aturcara trip yang sedia sudah lengkap iaitu -petang selepas bertolak-cari umpan(apolo),-malam-cantad sotong(umpan&makan),-pagi keesokan hari-mancing.. oleh kerana takut udang mati sebelum keesokan harinya maka mereka membuat keputusan untuk terus ke lokasi untuk berentap dengan penghuni dasar Karang Payung (ebek). Dengan hati yang tidak rela aku mengikut sahaja keputusan ramai. dengan cuaca yang tidak bagus tambahan pula ombak yang masih mengganas, perjalanan masih lg diteruskan. aku kuatir kami akan berputih mata kerana ikan jarang makan pada sebelah petang.
setelah sejam perjalanan aku mula berasa mual akibat pukulan ombak yang bagai menggoncang dunia. 3 orang sudah kecundang dan hanya baring kaku tidak bermaya. yang lain hanyut membuang isi perut di lautan luas, aku juga tidak ketinggalan manum aku masih dapat bertahan.
sesampainya di lokasi, umpan dicampakan dengan hati yang tidak puas dan merajuk... tambahan pula dengan arus yang sangat kuat sehingga kami terpaksa mengunakan 2 pembarat bersaiz 9.... beratnya sahaja membongkokan batang pancing. namun hanya seekor barakuda saiz sederhana di naikkan, itu pun hanya bernasib baik kerana rakanku tidak menggunakan perambut dawai dan mata pancing hanya terkena pada hujung mulut ikan. umpan hanya habis dikutis ikan kecil, ikan dedingkis barangkali.
malamnya kami beralih ke kawasan lain untuk memancing dan mancandat, kedua-dua cubaan mamancing dan mencandat sotong gagal kerana arus sangat kuat tambahan pula sotong bermain di bahagian darat pada cuaca begini. kedudukan kami pula sudah jauh de tengah lautan bergolora. agak mustahil untuk mendapatkan tambam hidup pada kawasan benini.
kesesokan harinya kami kembali ke lokasi untuk memancing dengan hanya berumpankan sotong yang di bawa (sotong pasar). cuaca masa itu sangat baik namun ketiadaan umpan hidup. umpan dilabuhkan namun hanya mata kail yang tinggal kerana di makan ikan kecil. akan tetapi bot-bot disebelah galak menaikkan ebek bersaiz mega dengan berumpankan sotong hidup. seekor demi seekor mereka tawan namun kami hanya menjadi tukang sorak... hureiii... hureii.... bot lain dapat ikan... tapi kita semua??
tekong mancadangkan kami beralih kekawasan lain untuk mencuba nasid. dilokasi itu hanya cupak sahaja yang di naikkan... seekor anak kerapu juga sudi menjamah umpan rakanku.. aku pula hanya memancing ikan dingkis untuk sengaja memerli mereka. hasil kami pada trip itu hanya dengan membawa pulang sedikit cupak, seekor barakuda, seekor anak kerapu dan beberapa ekor ikan dingkis hasil aku memaning.