Sailor Moon

About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Sunday, June 6, 2010

gamefish belukang???

hari cuti keputeraan agung ku gunakan sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak hati dalam kegilaan hobi memancing ni...

aku mempunyai teman baru dalam arena memancing ini... lone rangger bertemu lone rangger.... maka jadi la gila... selama hampir 3 minggu kami berentap tanpa rehat... setiap hari selepas waktu bekerja kami terus ke kemasin untuk memancing... setiap trip kami rancang dengan baik apakah permainan untuk hari ini.... siakap telah kami tumpaskan, kerapu telah kami daratkan, trip gelama berjaya, tapi hanya barakuda yang kami tidak berjaya tumpaskan... telah 2 kali ia memakan umpan namun tali utama yang di kerat rakus...

pada hari keputeraan agung baru lepas, kami ke kemasin lg untuk menebus kekalahan kami tempoh hari,,,, namun air surut dengan teruk dan arusnya pula deras dan tidak menentu.... jadi kami batalkan hasrat untuk menewaskan barakuda dan gantikan dengan permainan gamefish belukang atau ikan duri... hanya untuk berentap dan lepaskan kembali..

kami beralih ke muara bahagian dalam kemasin.... anak ikan kami kail dahulu untuk di jadikan umpan.. bila umpan dilabuhkan,,,,,,, kami menanti dengan penuh gelisah kerana belukang terkenal dengan kerakusan dan kekuatan tenaganya...

tiba2 kedengaran bunyi drag yang sangat kuat menandakan ikan bersaiz besar yang memakan umpan... batang pancing ku terjungkit naik ditarik ikan berkenaan.... sebelum sempat batang pancing ku terjun lari di bawa ikan di dasar, aku terus sambar dan bermulalah pertarungan sengit antara spesis darah sejuk dan spesis berdarah panas... hampir 2 minit bertarung, belukang 4kg dinaikkan.... setelah ikan di lepaskan semula ke laut, sebelum sempat kami melabuhkan punggung untuk berehat umpan rakan ku pula di larikan ikan, namun nasib tidak menyebelahi kami....

penantian seterusnya tidak lama, sebelum sempat aku berehat menghilang kan penat lengan, pancing aku yang ke2 pula berkukuk memberitahu ikan sudah mengena..... maka.....

video

ikan tidak dapat di daratkan kerana pak cik yang datang membantu seolah tidak sedar perbuatannya itu adalah salah.... aku hanya bermain dengan hanya menggunakan tali tangsi dan perambut 20lb.... langsung tidak dapat menampung berat ikan didarat... beliau cuba menaikkan ikan ke jeti dengan menarik tali utama yang halus... sebelum sempat aku mencapai ikan di air,, tali perambut sudah putus dan bersoraklah ikan lari membawa mata kail di mulut.....

aktiviti memancing kami tidak dapat diteruskan lagi kenara kuala yang sibuk dengan bot keluar masuk untuk mencari rezeki di laut lepas...