About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Tuesday, December 1, 2009

Persediaan Kecil Tapi Penting

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau perjalanan, persediaan yang rapi perlu di sediakan dahulu untuk mengelakkan berlakunya masalah dan membuatkan perjalanan dan kerja anda tidak berjalan dengan sempurna dan lancar. Begitu juga dengan memancing,,,, jika persediaan tidak dilakukan dengan sempurna, masalah mungkin berlaku dan anda tidak dapat memancing dengan baik.Biasanya kita jarang lupa akan persediaan utama dalam memancing, tapi kita sering lupa pada persediaan kecil dalam memancing.persediaan kecil ini merangkumi persediaan alatan mancing, ubat-ubatan, mancis, alatan keselamatan dan sebagainya.

Persediaan dalam peralatan pancing amat penting jika berlaku masalah seperti kehilangan perkakas memancing seperti batu ladung, chili, mata kail dan juga perkakas asas keliki atau rod. Perkara ini sering berlaku ketika mata kail sangkut dan putus menyebabkan kita kehilangan batu ladung, mata kail dan chili. Faktor perubahan arus air juga menyumbang masalah jika tidak menyediakan batu ladung yang secukupnya mengikut saiz.

Dalam penyediaan abat-ubatan pula, ramai yang lupa tentang perkara ini. Ramai yang ambil ringan dan langsung tidak peduli langsung akan hal ini. Sering berlaku masalah kesihatan ketika memancing, contohnya demam ringan, pening dan badan tidak selesa akibat perubahan cuaca, panas terik dan sejuk terkena embun malam.. Sering juga pemancing terkena gigitan serangga ketika memancing. Kerap berlaku kita perlu membatalkan niat memancing dan terpaksa balik awal akibat daripada masalah tadi. Oleh itu sediakanlah sedikit ubat-ubatan yang difikirkan perlu seperti Paracetamol, minyak angin, balm, ubat luka dan sebagainya. Lebih elok lagi jika bawa set First Aid yang lengkap. Kalau anda fikirkan terlalu leceh untuk membawanya, sekurang-kurangnya bawalah sebotol balm serba guna untuk pening kepala, di gigit serangga/sengatan ikan, luka dan ketidakselesaan badan.

Mancis juga penting jika berlaku masalah kehabisan bateri lampu jika memancing di malam hari. Selain daripada untuk membuat ungun api untuk membekalkan cahaya dan memasak hasil tangkapan, api penting untuk menghalau serangga dan binatang berbisa seperti ular. Bagi pemancing yang gemar memancing di sungai atau lombong pada waktu malam, saya menasihatkan anda supaya menggunakan api untuk membekalkan cahaya barbanding lampu kerana cahaya lampu akan menarik perhatian serangga dan ular berbisa untuk mendekatinya.
Ini akan memberikan masalah jika anda di gigit serangga atau di patuk ular berbisa. Ungun api atau lilin mungkin akan menyelamatkan nyawa anda daripada bahaya tadi kerana api sedikit-sebanyak akan menakutkan ular berbisa dari menghampiri anda.

Akhir sekali, alatan keselamatan juga perlu disediakan seperti pisau, parang, lampu, telefon bimbit dan sebagainya. Parang dan pisau penting dalam menghadapi segala masalah yang mungkin timbul seperti terserempak dengan binatang berbisa atau manusia durjana seperti mat gian, perompak atau si penuba sungai. Jika jumpa dengan si penuba sungai, tetak je Medulla Oblongatanya dengan parang anda itu.

No comments: