Sailor Moon

About Me

My Photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Monday, May 11, 2009

cara pemasangan perut ayam

perut ayam merupakan umpan pancing yang sudah diguna pakai sekian lama untuk sukan memancing air tawar... di mana-mana pun, perut ayam menjadi pilihan untuk dijadikan umpan untuk memburu ikan air tawar tidak kiralah di sungai, kolam, tasik dan sebagainya.... tapi tahukah anda cara untuk memasang parut ayam yang betul dan tidak mudah tanggal bila dimakan ikan??

banyak cara yang di digunakan untuk memasang perut ayam ini di mata pancing, sama ada di cangkuk terus pada mata kail dengan saiz yang kecil, atau cangkuk pada bahagian perut ayam dan dibiarkan berjuntai seolah-olah separti seekor cacing... ada juga yang mengcangkuk dan melilit perut ayam di mata pancing.. tapi semua itu sangat mudah tertanggal bila ditarik ikan kecil...

oleh itu cara ynag terbaik untuk memasang umpan perut ayam ialah dengan memasukkan mata pancing ke dalam perut ayam dan ikankan dengan tali perambut anda..
cara pemasangan =
-gunakan perambut yang agak panjang(1 hasta><)
-potong perut ayam dengan panjang 1jengkal><
-masukkan mata pancing ke dalam perut ayam hingga ke hujung perut,
tapi jangan melebihi panjang perut ayam.
-ikat hujung bahagian atas perut ayam dengan tali perambut anda..

cara ini terbukti lebih baik kerana tidak mudah tanggal bila dimakan ikan kecil dan juga ikan mudah mengena... cara ini juga boleh digunakan untuk ikan besar dan juga kecil..

3 comments:

hafiz said...

bolehkah menggunakan perut ayam yg sudah 5minggu disimpan oleh fiji (nama skema) di dalam beg alatan memancing anda?

ketutu said...

boleh tapi hasyum la sikit,,,

Amir Izwan said...

Tak dapat dinafikan.umpan perut ayam memang lah sgt2 berhantu.yang mana tahu..tahu la ye..sebab tu la klau tournament tak dibenarkan guna.Botak kepala penganjur nnti.:)