Sailor Moon

About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Monday, July 20, 2009

sungai kampung aku di tuba lagi..!!!!

Dalam masa 2 bulan udang mengganas di sungai kawasan kampung aku,beratus ekor udang yang telah berjaya aku naikkan.. ada yang kecil, ada yang sederhana dan ada juga yang bersaiz mega.. seperti biasa, selepas pulang dari kerja pada pukul 6 petang, aku akan membawa alatan pancing ku untuk memancing di sungai berhapiran rumahku... setelah umpan di labuhkan ke dasar sungai,,,, aku pun menanti dengan penuh kesabaran agar umpan ku dikutis oleh udang galah atau lebih dikenali dengan nama si sepit biru... penantian ku yang penuh kesabaran ini telah memakan masa hampir setengah jam... aku menjadi curiga kerana umpan ku masih lagi tidak dijamah oleh si sepit biru dan masih lagi dalam keadaan yang elok.... terlintas dihati ku, adakah sungai ini di tuba lagi????? atau, ada orang telah datang menjala di lubuk aku???? aku berfikiran begitu kerana biasanya umpan yang dijatuhkan akan dimakan sebaik sahaja ia jatuh kedasar sungai.... tambahan pula lubuk yang aku pancing adalah lubuk yang boleh dikira otai yang mempunyai penghuni yang bersepit biru dengan jumlah dan saiz yang agak memberangsangkan...

Jam pada handphone aku telah menunjuk kan masa 7.10mlm... bermakna masa aku telah memancing tanpa menaikkan udang ialah 1jam 10 minit.. kesabaran aku telah sampai ke kemuncak...!! fikiran aku menjadi semakin bingung... adakah benar sangkaan aku??? adakah sungai ini telah dituba lagi buat kali ke-4??? jadi untuk mencari kebenaran dengan apa yang aku sangkakan.. aku mengambil keputusan untuk terjun dan memeriksa keadaan di dasar sungai.. tanpa membuang masa aku terjun dengan bergayanya ke dalam sungai dan terus menyelam ala-ala rambo dalam cerita rambo 2.. tanganku meraba-raba di dasar sungai untuk mencari kalau-kalau ada si sepit biru yang mati akibat daripada racun tuba yang di gunakan manusia celaka untuk mengaut hasil bumi dengan senang dan tidak bermaruah.... tiba-tiba tanganku terpegang sesuatu yang sangat aku kenali.. ianya bercengkerang, bermisai dan berada dalam keadaan kaku berbentuk C... ia adalah udang galah.. jadi, sekarang aku tahu bahawa sangkaan aku memang benar dan untuk memastikan ianya lebih tepat lagi, aku menyelam lagi dan telah menjumpai seekor lagi si sepit biru malang bersaiz mega... sangkaan ku memang tepat sekali... aku membuang kembali udang malang itu ke sungai kerana mereka yang tidak bermaruah dan celaka sahaja mengutip hasil bumi seperti ini...
setelah naik ke darat aku terus bersiap pulang ke rumah.... di dalam perjalanan balik ke rumah... aku bertekad... kalau aku jumpa sesiapa yang menuba sungai.. aku akan tetak beliau dengan parang yang aku bawa kemana sahaja aku memancing..!!!! memang celaka..!!! selama 2 bulan telah 4 kali sungai itu di tuba.... habis udang mati hingga ke anak cucu..!!!

ni la yang biasaku dapat... kira ok la saiz ni... tp...........

9 comments:

hafiz said...

keno tubo pulok? aloh laa... udang tgoh galok nyo tubo pulok...

ketutu said...

sek2 keda 400 tubo pis... aku x lepok doh loni... aku meme fuck sek kaki tubo sungai

acsardi said...

tahniah adinda...semakin matang teknik penulisan adinda. Tulus, ikhlas dan jelas, teruskan usaha murni ini untuk memartabatkan bahasa kita. Cuma masih ada kesalahan ejaan, gopoh mungkin....berkenaan sungai di desa..begitulah jadinya apabila hidup bertauhidkan harta dan wang ringgit.takbirrrr....

ketutu said...

terima kasih atas komen kanda... mengenai tulisan yang tersalah eja... bukan gopoh tapi bila dinda menulis dengan hati dan perasaan yang bercelaru.. sedih bercampur marah... allahuakbar,,!!!!

Maria Hadiey said...

aduhai.... seorang lagi dirasakan berubah menjadi seorang yang sentimental.... ingatkan kekanda acsardi je ,... rupanya mula berjangkit kepada adindaku Ateh... ayat penulisan semakin menyentuh hati....apa pun... selamat maju jaya...hehe..

ketutu said...

sentimental bukanlah perkataan yang sesuai dalam keadaan ini... cuba anda gunakan perkataan dari gabungan huruf dan konsonan yang lebih baik seperti "sensetif" atau "patriotik". Dengan penggunaan perkatan yang betul dalam satu-stau ayat itu, maka hasilnya lebih bagus dan penyampaian maksud anda akan lebih berkesan..

hafiz said...

pisang batu di atas tempayang...
pisang emas dimakan tupai...
anda kata ada lubuk udang...
tetapi udang dimana kalo dah dituba mati...

ahahk!

ketutu said...

hidup sepat di dalam air,
mati sepat dimata tauk;
sugai dituba bergilir-gilir,
ngail di tali air la pulok.

afema said...

koya je lebih.......apa2pon gud luck....mga dpat pancing jaws hak.hak.hak :-)