About Me

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
Pengetahuan yang alahkadar ini ingin ku kongsikan bersama semua dan harap menambah pengetahuan dalam bidang ini melalui tunjuk ajar kamu semua .

Sunday, December 13, 2009

sikap gelojoh membawa padah

sukan memancing merupakan sukan bertaraf antarabangsa yang sudah melekat dalam di dalam diri dan darah aku.. sudah bertahun-tahun aku berkecimpung dalam bidang ini, banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui, dari meredah hutan; semak samun; bergelap malam; berpanas terik matahari dan juga meredah hujan ribut yang lebat. sudah banyak pengalaman ku timba, sudah benyak ilmu ku dapat dan sudah banyak pengajaran yang ku terima. memancing mengajar aku erti kesabaran, persahabatan dan erti kehidupan. walaubagaimanapun sungguh sukar untuk aku buang sikap gelogoh dan tidak sabar di dalam diri aku ini. di dalam sukan memancing ini, sikap gelogoh dan tidak sabarlah yang selalunya membawah padah kepada si pemacing itu.

kisah ini berlaku pada diriku pada 12/12/2009, bersamaan hari sabtu. aku membawa kumpulan student aku untuk memancing di kawasan berhampiran rumah aku. boleh dikatakan semuanya tidak biasa memancing. semua peralatan dan umpan terpaksa aku sediakan kerana mereka tidak mempunyai alat yang mencukupi untk memancing. kami hanya memancing di kolam member aku sahaja kerana tidak dapat ke sungai berikutan terdapatnya beberapa wanita dalam kumpulan yang aku bawa.
setelah umpan di labuhkan, terus terdapat sentakan kuat daripada penghuni dasar kolam tersebut. patin seberat 3kg didaratkan walaupun agak sukar untuk menaikkan ikan kerana kami terlupa membawa penyauk dan hanya menaikkan ikan dengan tangan sahaja. ikan sangat galak pada waktu itu, kesemua 6 pancing yang digunakan menerima asakan kuat daripada ikan dan suasana amat kecoh sekali kerana 6 pemancing sedang bergelut dengan 6 ekor ikan di kawasan yang amat sempit termasuklah aku sekali. 3 daripadanya sudah berada di tebing dan hanya menunggu aku untuk menaikkannya dengan tangan. dalam kekalutan itu, oleh kerana tiadanya penyauk untuk menaikkan ikan ditembah pula dengan sikap tidak sabar, aku membuat keputusan untuk menaikkan aikan dengan joran sahaja. ketika aku sentap rod aku untuk menaikkan ikan ke tebinag, ikan itu berpaling arah menjunam semula kedasar kolam dan mematahkan rod X-Puyu aku hingga patah 3.

rasa kesah dan hampa timbul di hati kerana sikap gelojoh diri sendiri. hampa kerana kerugian rm170 kerana rod dipatahkan. namun aku berpuas hati kerana dengan rod yang patah ikan tersebut berjaya dinaikkan dan berpuas hati dapat melayan ikan hingga betol-betol keletihan.

3 comments:

afema said...

apala....bukan gelojoh tapi awak tu memang cepat melatah,cikit-cikit nak maroh.moga dapat tunjuk ajar awak satu hari nanti....saya akan tunggu saat itu tiba.saya tak akan lupa apa yang kita lalui bersama satu masa dulu.

afema said...

best giler masa ikut awak gi pancing ari tu.biar pon sekadar di kolam ikan.saya tak kan lupa kenangan kite.saya dah lama tak mancing wak...rasa kekok plak.harap ada lagi peluang tersebut.:-)

ketutu said...

melatah ku bertempat dan bersebab.. ia tidak datang sesuka hati... mungkin kita boleh katakan biakan ia hnya menjedi kenangan sahaja